INFO PENGGUNA

 CARA-CARA PENJIMATAN KOS TENAGA ELEKTRIK

Lampu

1

Pilih lampu yang bersesuaian (pada tempat yang ingin diterangkan)

2

Bilik yang mempunyai warna yang terang akan memantulkan cahaya dan akan membuatkan bilik anda kelihatan terang.

3

Jika boleh, letakkan lampu di sudut bilik. Ini akan lebih berkesan kerana lampu tersebut akan bertindak balas di kedua-dua sudut dinding.

4

Mentol kalimantang adalah empat kali lebih cerah daripada mentol bulat walaupun menggunakan watt yang sama dan tahan sehingga lapan kali lebih lama.

5

Mentol yang mempunyai kuasa efisien adalah lebih mahal, tetapi menjimatkan dari segi penggantian yang kurang dan lebih berekonomi pada kadar jangka masa panjang

6

Tutup lampu-lampu yang tidak digunakan.

7

Mentol yang kotor perlu dilap untuk mendapatkan kecerahan maksimum